Sunday 11 September 2011

Kepercayaan 1

Percaya?? Sukar dipercayai bila ramai umat Melayu kini sudah terjebak dengan hilangnya kepercayaan dengan Islam dengan kata lain, MURTAD. Lalu, kotak minda ini mula berputar mengimbau zaman persekolahan dahulu, begitu tegas ustazah menerapkan rukun Iman kepada anak muridnya, tidak cukup dengan merotan, malah mencipta nasyid yang sedap didendangkan bagi mengasah keenam-enam kepercayaan yang menjadi asas rukun Iman namun dimanakah silapnya sehingga masih ada orang Islam keluar dari Islam atau mencipta ajaran-ajaran yang menyimpang jauh dari agama Allah ini? Sebelum mengorak warkah ini dengan lebih jauh molek kiranya kita mengimbas sejenak keenam-enam rukun Iman tersebut.
  1. Percaya Kepada Allah s.w.t
  2. Percaya Kepada Nabi dan Rasul
  3. Percaya Kepada Malaikat 
  4. Percaya Kepada Kitab-kitab Allah
  5. Percaya Kepada Hari Kiamat
  6. Percaya Kepada Qada' dan QhadarNya
Sedikit informasi tentang ajaran yang memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam khususnya di Malaysia ini, iaitu Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Jonit yang telah lebih 15 tahun menapak di Melaka dan Singapura.

LATAR BELAKANG

1. Hassan bin Jonit berasal dari Melaka. Berumur 73 tahun dan kini menetap di No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, Ampang, Selangor.

2.Pendidikan awal beliau ialah Sekolah Agama Pontian Kecil, Johor dan Sekolah Melayu Melaka hingga darjah 3. Pada zaman pemerintahan Inggeris, beliau pernah bekerja sebagai pemandu.

3.Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama dan kedua diceraikan kerana tidak mahu mengikut ajaran yang dibawa. Bersama isteri ketiga sehingga kini dan mempunyai 4 orang anak.

4.Markaz utama kumpulan ini ialah di rumah murid kanan beliau beralamat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kg. Batu Arang, 48050 Rawang, Selangor. Surau tersebut terletak bersebelahan rumah dan terdapat juga rumah penginapan untuk ahli yang datang dari jauh mengikuti pengajian pada malam Khamis dan Ahad.

5.Ajaran ini diperkenalkan hampir 15 tahun lalu di Melaka dan Singapura. Jumlah pengikut di Selangor dianggarkan antara 100 - 150 orang. Kebanyakkan pengikut tidak mempunyai latar belakang agama yang kukuh dan terdiri dari pelbagai peringkat usia dan kerjaya.

1. CIRI-CIRI AJARAN

Bertemu Dengan Allah

Beliau (Hasan Bin Jonit) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui IImu hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.

2. Bertemu Nabi Muhammad

Hasan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui IImu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu itu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hasan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis iaitu Hadis Qudsi.

3. Boleh Tadbir Mimpi

Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing-masing kepada Hassan untuk di tafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.

4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin

Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam, ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang-orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang-orang yang ada membela jin.

5. Solat Pejam Mata

Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang-orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu sama ada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang-orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

6. Menolak Hari Akhirat

Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran hari akhirat yang telah di jelaskan di dalam Al Quran dan ditafsirkan oleh ulama'-ulama', Ilmu kalam ataupun syariat agama Islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.

7. Mandi Wajib Dengan Celup Jar

iMenurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.

8. Dilarang Berdoa Untuk Orang lain

Di antara Ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz

Hassan Bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Luh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang-orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.

10. Wakil Guru Seluruh Dunia

Selain dari mengakui beliau sebagai 'Wakil Guru Dari Luh Mahfuz' Hassan juga mendakwa bahawa Nabi Muhammad telah memberikan dan mengijazahkan segala ilmunya kepada beliau. Segala ilmu Nabi Muhammad juga diberikan kepada beliau sahaja di dalam dunia ini.

11. Salah Tafsir Al-Quran

Kebanyakkan Ulama'-ulama' tafsir tidak memaknakan dan hanya menyerah kepada Allah sahaja mengenai ayat-ayat potong di permulaan Surah seperti( الـم ), ( الر ) tetapi bagi Hassan beliau telah memberikan makna dan erti yang tertentu, ini terdapat di dalam kitabnya bertajuk (Amalan Tauhid, Bab Guru m.s 71/74), ( كهيعص) yang memberi erti (yang menjaga dakwah diri kami di belakang hari).

12. Mencabar Pihak Berkuasa AgamaUntuk menegakkan kebenaran ajaran beliau, beliau mencabar Pihak 8erkuasa Agama dengan mendakwa sekiranya Pihak berkuasa Agama mengambil tindakan terhadapnya beliau akan menurunkan malaikat untuk menghancurkan mana-mana pegawai agama yang mengambil tindakan terhadap beliau. Beliau juga mendakwa bahawa semua ilmu yang ada pada beliau telah mendapat kepujian daripada Allam S.W.T.

13. Mengarang Buku Yang Bertentangan dengan Hukum Syarak

Buku tersebut mengandungi 19 bab seperti berikut:
T AJ U K MUKASURAT

1. Bab Hakikat 211
2. Bab Fatehah 178
3. Bab Alhamdu 95
4. Bab Bismillah 117
5. Bab Al Quran dan Kitab 134
6. Bab Takbiratul Ehram 142
7. Bab Sembahyang 154
8. Bab Kaum Ibu 86
9. Bab Roh / Nyawa 167
10. Bab Ma'ni 198
11. Bab Nabi 1 125
12. Bab Nabi 2 188
13. Bab Tauhiduz Zat 1 167
14. Bab Tauhiduz Zat 2 186
15. Bab Guru 58
16. Bab Sifat 186
17. Bab Ma'rifat 85
18. Bab Hati 105
19. Mukaddimah Bagi Orang Baru 40


Jadi, dimanakah dan siapakah yang silap dalam permasalahan ini? Bagaimana pula cara untuk mengatasinya? Isu murtad ini perlulah dipandang serius oleh semua pihak bagi memertabatkan agama Islam yang tercinta.

Bersambung...

Wednesday 7 September 2011

Berbicara Menggunakan Aksara

Bismillahirrahmanirrahim...

Pesan orang lama-lama, mulakan dengan kalimah bismillah moga-moga segala usaha kita diberkati Allah.
Inilah kali pertama aku memulakan coretan ke atas blog aku. 'Berbicara Menggunakan Aksara' memulakan tajuk artikel pada blog aku memberi makna yang amat bernilai dalam hidupku. Hakikatnya aku sebenarnya amat pemalas dalam menulis. Namun pengenalan aku dengan blog ini mungkin akan merubah hidup aku, hahaha..Tapi, betulkah? Insyaallah, kita merancang Allah menentukan.

Sedikit mengenai aksara ataupun abjad. Ianya begitu ajaib kerana salah abjad memberi makna yang amat berbeza sehinggakan P. Ramlee telah merakamkan kuasa abjad dalam dialog filemnya yang tidak asing lagi, bertajuk 'Nujum Pak Belalang'. Dialognya lebih kurang begini "Kekuatan Laksamana Hang Tuah bukan terletak pada kerisnya, atau tenaganya tetapi pada huruf 'ta'. Kalau 'ta' ditukar dengan 'ba' apa bunyinya?"."Buah". "Tuan hamba kenal dengan Hang Buah??".



Sekian dahulu... Jumpa lagi..
Terima kasih kerana sudi membaca.

Assalamualaikum..